Wednesday, 31 August 2011

selamat hari raya.

alhamdulilah...syukur kepadaNYA.
dapat jugak rasa RAYA tahun nih.Alhamdulilah ~~~

raya pertama. sukanya. raya ngan abah,kakak,jiran jiran tepi umah ats umah depan umah.eheekss,ngan B sayang...dan semualah... suka nih suka sangat. !!!
erm,kat umah aku ade nasik dagang. aku ta berape nak suka benda tuh,tapi aku makan je.sebab lapa. ade nasik impik. ade satey goreng..kau ade? ta ade kan??hikhik..kenyangnya makan..seharian makan..
biskurtraya?? elleh...ofcos la ade..banyak sgat..ta cukup mlut nak mkan beb.hahaha..
biskut raya ye, separuh buat.separuh gune duit.. yang gune duit tu kurang sikit.yang buat tu..perrrhh lAZAt..hahaha..

baju raya,wana biri plus PINK.pink??yerkk..hahaha...tahun ni, family berwane wanie....wane ta sama. theme BEBAS,macam negara kita..BEBAS dari penjajah.penjahat dan sbgainya.hehehehe...
aku sedondon ngan GEWE aku. Biru..alaa,biru je..eheekks...
oke lah semua..aku malas nak taip byak2..kang hbis ayak liuq korg smua..haha

SELAMAT HARI RAYA.








Thursday, 25 August 2011

selamat hari raya untuk Mak.

Raya tahun ni da masuk 3taun beraya tanpa mak,dan selamanya tanpa mak,tapi mak tetap selalu ada dihati dan selalu dingati. tiba tiba rasa sebak,Ya Allah kuatkan kami sekeluarga. hari hari ingat mak. ya,muka aku selalu ceria,tapi apa yang aku rasai,hanya Tuhan yang tahu. akuredha dengan ketentuan .
rasa rindu masakan mak pon ade,rsa nk pluk cium ,nk bersalaman ngan mak. semua lah.. tapi ape pon,kat rumah ni,aku dapat rasa,mak masih ade..ade dalam rumah ni. rindunya kat mak. rindu nk tgok mak senyum manis,rindu nk dgr bebelan mak. semua orang cakap aku macam muka mak. asal tgok muka aku je,semua org msti cakap,"anis macam mak nya". aku senyum je lah.
dulu..asal raya je mak lah paling sibuk,sibuk mnjahit baju anak2,masak keperluan raya,sedapnya masakan mak. tak siapa bleh masak mcam mak. 3tahun da baju raya orang lain yg jahit. dlu pkai yang mak jahit..sekarang orang lain jhit,ta pon beli yang dah disiapkan.





ape pon,Selamat Hari Raya MAK. ampunkan salah silap anis kat mak.
sedekahkan Al-Fatihah kepada Nik Mah Bt Ibrahim (mak saya).
aku sayang mak aku !

Thursday, 4 August 2011

NUR KASIH the movie BESTTTT.


Jalan cerita Nur Kasih the movie dimulakan dengan pemandangan di padang pasir di Jordan, kelihatan dua orang arab Badwi sedang berjalan jalan, dan tiba tiba dikejutkan dengan  kemalangan ngeri sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah kenderaan. Kemudian penonton dibiarkan suspen dengan scene tadi.
Kemalangan keretapi di Jordan
Jalan cerita diteruskan di kampung tempat Nur Amanina dan Adam dengan kenangan kenangan nostalgia mereka masa dulu.
Isteri Aidil iaitu Aliya telah meninggal dunia disebabkan  kemalangan dan dia meninggalkan dua anak iaitu Ilyas, 7 tahun dan Maryam 5 tahun. Aidil yang kematian isteri dilanda kesedihan dan kemurungan dan dia jadi bapa tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian.
Jalan cerita diteruskan lagi, Ilyas semakin dewasa dan dia memahami kesedihan dan kesunyian yang ditanggung ayahnya.  Maryam masih kurang matang dan belum memahami kerana masih kecil semasa kematian ibunya.
Sara Ali dan Shafie Naswip
Diteruskan lagi, Nur Amanina disahkan mengandung dan ini berita paling gembira buat Adam sebab mereka rupa rupanya sudah agak lama menanti berita gembira tu. Boleh tengok dalam trailer Nur Amanina sangat teruja semasa bagitau kat Adam yg dia mengandung.
Adam dan Nur melibatkan diri membimbing anak anak di rumah perlindungan, di situ ada watak Sara Ali sebagai remaja liar yang menaruh hati kepada Adam. Shafie Naswip sebagai kekasih kepada Sara Ali yang jugak seorang remaja liar.
Adam dan Nur
Nur Amanina dan baby
Akhirnya  dugaan datang menimpa dia lagi, suspen kat sini,  ada scene kubur. Siapa yang mati? Anak Adam dan Nur agaknya sebab tu Adam terlalu sedih sangat. Mungkin Nur keguguran. Kalau kita ingat, dia pernah kematian anak kerana kemalangan di luar negara semasa isteri dia yang pertama dulu. Adam terlalu sedih dan hampir hampir hilang iman kepada Allah kerana dugaan tu.
Update: Nur Kasih the movie review (tekaan tepat lagi, Nur keguguran anak, mereka sangat sedih)
Nur Amanina di pusara
Boleh tengok dia sedih dan tertekan masa scene atas tangga dengan Aidil, dia kata dia dah penat sangat…Aidil cuba pujuk adiknya tu dan cuba mengembalikan iman Adam.
Aidil cuba memujuk Adam yang sedih
Adam dan Nur Amanina telah berazam untuk ke Mekah bagi mencari keredhaan dan mendekatkan diri dengan Allah, mereka berdua nak sambung pelajaran jugak di Jordan. Aidil menggantikan tugas Adam dan Nur bagi membimbing anak anak liar di rumah perlindungan.
Adam dan Amanina sangat bahagia kat sana, tapi Adam telah dilanda mimpi yang berulang ulang tentang sesuatu yang buruk bakal berlaku. Adam telah bermimpi yg Nur Amanina telah mati di pangkuannya, dan dia sangat risau jika sesuatu tragedi berlaku.
Adam dan Nur telah terlibat dalam satu kemalangan yang dasyat di Jordan, siapakah yang meninggal dunia…Adam atau Nur Amanina? Last sekali scene keretapi berlanggar tu mungkin akan merungkai siapa yang terkorban..jeng…jeng..jeng..
Kalau tengok pada watak hari tua, watak Aidil masa usia 70 tahun dipegang oleh Rahim Razali dan Amanina ialah Afida Es, so watak Adam tua tak dak kan..jadi Adam le meninggal dalam tragedi tu..hehe tu tekaan Nuriz le.
(tekaan saya tepat Adam meninggal jugak akhirnya)
Pengarah masih berahsia kat penamat cerita Nur Kasih the movie ni, kalau Adam meninggal, Amanina kembali dengan Aidil le..benarkah mimpi buruk Adam yang Amanina meninggal dunia?
ok..buat lah andaian sendiri..hehe


Read more: http://nurizspace.com/2011/05/membongkar-sinopsis-penuh-nur-kasih-the-movie.html#ixzz1U7ykrgYR

Tuesday, 2 August 2011

happy befday to me ! 20 taun ~.~

alhamdulilah~~~ da 20 tahun da umur aku.yeahhhhhh~~ tua ka?? tak kan...tak tua an??? an an??
terima kasih kepada semua ..kepada si jahat,HAHA, yg telah baling baling bedak yang wangi plus sedap di hidu ~~~~ haha..adoi la korang nih.kesian aku,tido dalam wangian,,

begitu ler,asal befday je,ade je yang kene.selalu da macam tu.. suka sangat dengan kehidupan nih.ada kawan macam korang cemua.
makasih ye smua,korang memahami aku  !!!! best dapat makan kek.kek yg dibeli oleh aku sendiri. depan mata aku sndiri. hahaha.lawak giler. tapi yg lg best,dapat adiyyah dari abeya,kak dayah,akma..hehe.thans korang sbb kasi adiyyah.


merasai umur 20 tahun.ceehcehceh~ ~ ~ ~ ~
insyallah dengan ini,aku akan belajar untuk lagi matang.lagi berfikiran positif.